Jangan biarkan kotoran degil dan tumpahan minuman di atas sofa merosakkan mood anda. Ikutilah langkah mudah berikut tentang cara membersihkan sofa dengan serbuk penaik, sabun peluntur dan banyak lagi.
Cara Membersihkan Sofa Fabrik Untuk Kotoran Degil

- Segera bertindak! Sebaik sahaja tumpahan berlaku, usah bertangguh, terus berusaha untuk membersihnya dengan segera. Menunggu terlalu lama untuk mencuci kotoran walaupun hanya sekadar beberapa minit boleh menyebabkan kotoran tersebut bertambah sukar untuk dihapuskan.
- Semak cadangan cucian dari pengeluar sofa anda. Sebelum menggunakan sebarang pencuci atau bahan pembersihan, periksa arahan pengeluar sofa untuk cara penjagaan yang dicadangkan, biasanya boleh didapati di tag sofa. Khuatir jika menggunakan produk pembersih yang tidak bersesuaian boleh mengakibatkan kerosakan secara kekal terhadap fabrik sofa anda.
- Semak kod pembersihan untuk sofa kain anda. Adakah anda tahu huruf-huruf di tag sofa anda? Mereka sebenarnya adalah kod untuk pembersihan. Semak kod di bawah untuk senarai kod – dan apa maksudnya.
W – Anda boleh membersihkan bahan ini menggunakan air.
S – Dilarang menggunakan air. Anda perlu membeli pembersih berasaskan pelarut khas.
WS – Anda boleh menggunakan air atau pembersih berasaskan pelarut di sofa ini.
X – Vakum sahaja. - Gunakan berus kering untuk mengeluarkan kotoran atau debu yang kering. Berus seluruh sofa dengan bulu yang sederhana keras untuk membantu mengeluarkan kotoran kering dan mengeluarkan debu ke permukaan.
- Vakum. Sebelum menyental dan membersihkan sofa fabrik anda, gunakan vakum untuk mengeluarkan habuk dan sebarang kotoran kering yang lain. Ini akan memudahkan untuk mengenalpasti dan memberi tumpuan kepada kesan kotoran yang lebih berat ketika tiba masa untuk membersihkannya.
- Cuci dengan serbuk penaik. Serbuk penaik atau baking soda bukan sahaja digunakan untuk membuat kek, ia juga merupakan solusi pembersihan yang sangat berkesan. Malah, sedikit sapuan soda penaik ke atas fabrik sofa akan membantu menghilangkan bau dan menanggalkan kesan kotoran dengan pantas. Anda juga boleh membuat bancuhan soda penaik sendiri di rumah untuk digunakan di mana-mana kawasan kotoran yang telah meresap dengan mendalam. Kacau soda penaik dengan air di dalam mangkuk, tidak kisah sama ada kotoran kering atau basah, sapukan soda penaik di atas permukaan yang kotor. Biar selama 15 hingga 20 minit . Setelah ia menyerap kotoran sepenuhnya, vakum dengan paip vakum yang mempunyai kepala berus. Pastikan sebelum memulakan proses cucian, ambil langkah berjaga-jaga dengan menyapu di satu bahagian dahulu sebelum membersihkan seluruh sofa.
- Cuci dengan detergen yang disyorkan. Sekiranya anda tidak pasti produk detergen tersebut termasuk dalam cadangan yang disyorkan pengeluar perabot, cuba dahulu di kawasan kecil dan lihat sebarang perubahan sebelum meneruskan di kawasan lain. Sama ada anda menggunakan pembersih berasaskan air atau pelarut (atau kedua-duanya), ikuti arahan seperti digariskan pada pembungkusan. Sekiranya arahan mengatakan selamat untuk melakukannya, gunakan kain lembut untuk menghilangkan kotoran yang tumpah atau melekat.
- Keringkan sofa kain dengan tuala lembut. Letakkan tuala kering di tempat basah untuk menyerap lembapan yang berada di sofa. Ulang langkah ini dengan tuala kering yang lain sehingga sofa tidak terlalu lembap lagi.
- Biarkan sahaja sofa anda kering semalaman. Pasang kipas untuk pengeringan yang lebih pantas dan nikmati sofa segar pada waktu pagi!
Tidak mempunyai begitu banyak masa untuk membersihkan sofa anda? Serahkan sahaja kepada yang pakar. Cuci sofa kesayangan anda pada harga yang berpatutan. Syarikat ini beroperasi di seluruh Lembah Klang & telah berpengalaman mencuci 4000 pelanggan dan mempunyai banyak testimoni dari pelanggan yang berpuas hati. Lihatlah kerja sebelum & selepas mereka, anda pasti tidak akan teragak-agak lagi untuk menempah servis mereka.