Langkah Mudah & Selamat Bagaimana Membersihkan Sofa Fabrik

Jangan biarkan kotoran degil dan tumpahan minuman di atas sofa merosakkan mood anda. Ikutilah langkah mudah berikut tentang cara membersihkan sofa dengan serbuk penaik, sabun peluntur dan banyak lagi.

Cara Membersihkan Sofa Fabrik Untuk Kotoran Degil

  1. Segera bertindak! Sebaik sahaja tumpahan berlaku, usah bertangguh, terus berusaha untuk membersihnya dengan segera. Menunggu terlalu lama untuk mencuci kotoran walaupun hanya sekadar beberapa minit boleh menyebabkan kotoran tersebut bertambah sukar untuk dihapuskan.

  2. Semak cadangan cucian dari pengeluar sofa anda. Sebelum menggunakan sebarang pencuci atau bahan pembersihan, periksa arahan pengeluar untuk cara penjagaan yang direkomendasi, biasanya boleh didapati di tag sofa. Khuatir jika menggunakan produk pembersih yang tidak bersesuaian boleh mengakibatkan kerosakan secara kekal terhadap fabrik anda.

  3. Semak kod pembersihan untuk sofa kain anda. Adakah anda tahu huruf-huruf rawak di tag sofa anda? Mereka sebenarnya kod! Semak jadual di bawah untuk senarai kod – dan apa yang mereka maksudkan.


    W – Anda boleh membersihkan bahan ini menggunakan air.
    S – Dilarang menggunakan air. Anda perlu membeli pembersih berasaskan pelarut khas.
    WS – Anda boleh menggunakan air atau pembersih berasaskan pelarut di sofa ini.
    X – Vakum sahaja.

  4. Gunakan berus kering untuk mengeluarkan kotoran atau debu kering. Berus seluruh sofa dengan bulu yang sederhana keras untuk membantu mengeluarkan kotoran kering dan membawa debu ke permukaan.

  5. Vakum. Sebelum menyental dan membersihkan sofa fabrik anda, gunakan vakum untuk mengeluarkan habuk dan sebarang kotoran kering yang lain. Ini akan memudahkan untuk mengenalpasti dan memberi tumpuan kepada kesan kotoran yang lebih berat ketika tiba masa untuk membersihkannya.

  6. Cuci dengan serbuk penaik. Serbuk penaik atau baking soda bukan sahaja digunakan untuk membuat kek, ia juga merupakan solusi pembersihan yang sangat berkesan. Malah, penyiraman soda penaik ke atas fabrik sofa akan membantu menghilangkan bau dan menanggalkan kesan kotoran dengan pantas. Anda juga boleh membuat soda penaik sendiri di rumah untuk digunakan untuk mana-mana kawasan kotoran yang telah meresap dengan mendalam; dalam mangkuk, kacau bersama-sama soda penaik dan air. Tidak kisah sama ada kotoran kering atau basah, sapukan soda penaik selama 15 hingga 20 minit di atas permukaan yang kotor. Setelah ianya telah menyerap kotoran sepenuhnya, vakum dengan hos yang mempunyai kepala berus. Pastikan sebelum memulakan proses cucian, ambil langkah berjaga-jaga dengan menyapu di satu bahagian dahulu sebelum membersihkan seluruh sofa.

  7. Rawat dengan detergen yang disyorkan. Sekiranya anda tidak pasti jika produk detergen tersebut termasuk dalam cadangan yang disyorkan pengeluar perabot, cubalah dahulu di kawasan kecil dan lihat sebarang perubahan sebelum meneruskan di kawasan lain. Sama ada anda menggunakan pembersih berasaskan air atau pelarut (atau kedua-duanya), ikuti arahan pada pembungkusan. Sekiranya arahan mengatakan selamat untuk melakukannya, gunakan kain lembut untuk menghapus kotoran yang tumpah atau melekat.

  8. Keringkan sofa kain dengan tuala lembut. Letakkan tuala kering di tempat basah untuk menyerap lembapan yang berada di fabrik sofa. Ulang langkah ini dengan tuala kering yang lain sehingga sofa tidak terlalu lembap.

  9. Biarkan sahaja sofa anda kering semalaman. Pasang kipas untuk pengeringan yang lebih pantas dan nikmati sofa segar pada waktu pagi!

Tidak mempunyai begitu banyak masa untuk membersihkan sofa anda? Serahkan sahaja kepada yang pakar. Cuci sofa fabrik atau kulit kesayangan anda pada harga yang berpatutan. Syarikat ini beroperasi di seluruh Lembah Klang & telah berpengalaman mencuci 4000 pelanggan dan mempunyai banyak testimoni dari pelanggan yang berpuas hati. Lihatlah kerja sebelum & selepas mereka, anda pasti tidak akan teragak-agak lagi untuk menempah servis mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *